Terma & Syarat / Terms & Conditions


TEMPAHAN KORPORAT / ORGANISASI - Mesyuarat/Program Latihan dsb
  • Untuk pelanggan baru, sila sertakan nama Jabatan, Alamat, No Telefon, Emel dan Pegawai Bertanggungjawab untuk didaftarkan dalam rekod kami. 
  • Tempahan dan pengesahan menu perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis.
  • Sekiranya makanan perlu disediakan diluar bangunan dan memerlukan khemah/persiapan khusus dari pihak kami, tempahan dan pengesahan perlu dibuat tidak kurang dari 7 hari sebelum majlis
  • Tempahan melalui Purchase Order / Service Order / Local Order diterima. 
  • Terma kredit : 14 HARI

MAJLIS RESEPSI / PERSENDIRIAN
a.  Tempahan dan pembayaran yang berkaitan hendaklah dilakukan dan disahkan (booked & confirmed) dalam tempoh yang berikut :

Perkara
Jangkamasa Tempahan & Pengesahan
KATEGORI A
KATEGORI B
KATEGORI C
Tidak kurang dari 30 hari sebelum majlis
14 – 30 hari sebelum majlis
Kurang dari 14 hari sebelum majlis
Bayaran Deposit* & Pengesahan Tarikh
10% - apabila tempahan disahkan
20% - apabila tempahan disahkan
80% - apabila tempahan disahkan
Bayaran ke 2 (Progress)
80% - 2 minggu sebelum majlis

70% - 1 minggu sebelum majlis
Nil
Baki Pembayaran
10% - Selepas majlis tamat

10% - Selepas majlis tamat
20% - Selepas majlis tamat

*Deposit yang dibayar adalah dianggap sebagai Commitment Fee dari pelanggan bagi membolehkan pihak SCE menggunakannya sebagai mobilisation cost bagi majlis yang ditetapkan. Deposit berjumlah RM 300.00 ke bawah adalah non-refundable.

b.  Bayaran Deposit & Progress boleh dibayar melalui Mesin Deposit Tunai, Bank Draf, Cek atau Tunai kepada akaun berikut:

Penerima            : SJL TREND ENTERPRISE
Bank Penerima     : BANK ISLAM
No Akaun             : 1203 – 8010 – 0990 – 07

Baki Akhir Pembayaran perlu dijelaskan secara TUNAI sahaja.
Sila emelkan maklumat pembayaran dan/atau slip pembayaran kepada sjlcatering@gmail.com selepas pembayaran dibuat. Resit rasmi akan dikeluarkan selepas setiap pembayaran telah diakuterima ke dalam akaun di atas.

c.  Jadual Persiapan/Kelengkapan (Jika Berkaitan)
Jadual pemasangan dan persiapan sebarang kelengkapan yang berkaitan akan dimaklumkan dalam masa seminggu sebelum majlis berlangsung.

Semua peralatan (khemah, kerusi, meja & yang berkaitan) akan dibuka dan diambil semula SEHARI selepas majlis dijalankan, kecuali dalam keadaan tertentu yang memerlukan semua peralatan diambil selepas majlis tamat.

d.  Perubahan Persiapan / Itenari Majlis
Sebarang perubahan terakhir kepada menu, jumlah jemputan, warna tema, kelengkapan tambahan dan apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan kami, hendaklah dimaklumkan dalam tempoh tidak kurang dari 2 minggu sebelum majlis berlangsung.

e.  Pembatalan Tempahan & Pemulangan Deposit
Pembatalan tempahan adalah tertakluk kepada Syarat berikut:
Perkara
Pembatalan dalam tempoh 14 hari dari tarikh majlis
Pembatalan dalam tempoh 7 hari dari tarikh majlis
Deposit
Tertakluk kepada maksima 20% deposit yang telah dibayar

Progress
(jika telah dibayar)
Tertakluk kepada maksima 90% bayaran yang telah dibayar
Tertakluk kepada maksima 50% bayaran yang telah dibayar

f.  Pembersihan kawasan rumah / dewan / majlis, selain daripada yang berkaitan dengan perkhidmatan SCE, adalah dibawah tanggungjawab pelanggan. Pihak SCE akan memastikan semua sisa makanan telah dikutip dan dibersihkan sebaiknya dari persekitaran lokasi majlis.


MAKLUMAT UMUM...
   SAJILICIOUS AKAN CUBA MENGEKALKAN HARGA YANG DINYATAKAN SELAMA BOLEH, TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA SEMASA PASARAN. HARGA PAKEJ MUNGKIN BERUBAH ANDAINYA HARGA BARANGAN DI LUAR KAWALAN KOS KAMI.

No comments:

Post a Comment